Jejak Kak Long: Sapa ngamok di Alai?

/
0 Comments
Salam.

aloppppppppppp sumer. kali ni aku ada entri best! start dr cuti sekolah ari tu smpi laaa mgu ni, tiap2 mgu aku sibuk. ada jeee hal smpi tergendala sebentar plan aku. mgu lepas aku blk kg. kenduri sepupu aku, anak mak ngah aku, kakak mak aku, anak arwah tok aku. ari jumaat drg ke opis dgn hari girang tak sabar nak pi melaka amik awak then makan kat alai. yummy! tu jeee yg buat aku smgt sgt! hhehehehehe.

5.30pm je, aku dah get redi. skali ayazul potong aku daaaaaaa...dia pun balik sharp. dia bukan pi melaka pun setau aku. hehehe. dia ada hal laa dei, sebab tu kena blk awal. on da way tu, dgr laa era pasal sapa yg patut kuar kat konsert af4 mgu ni. aku tak pernah tgk pun af4 kali ni. rmi suruh sa5 & amirul. ada gak suruh rich. tu jee laa takat yg aku dpt dgr. lantak hang paa la nak kuar ke tak.. bila dah hilang siaran, cd pirate ku pasangkan.

aku exit tol alor gajah (syok lalu jln lama. jimat tol, tak ngantox, sbb aku suker, ko tak suker xpe, etc). ada roadblock trafik. semua dia tahan. agaknyer kes 3.3juta tu kot. lau ada kat aku, fuhhhh. wa benti keje beb! buat duit lagik. jual air ke, bukak kedai runcit ke. dia tanya laa nak pi mana. dlm mind aku "melaka" je la. jawab laa dgn muka kering dan innocent skit2, "melaka, cik". seb baik dia tak buat lawak bodoh. "dah tu, ni apa?" aku kan mmg dah masuk jajahan melaka. hehehehe. dia belek2 keta aku, then "ada shooting filem ke?" aku jawap dgn muka sabar dan skema "ehh, xdelaaa cik. pi rumah husband". "ok, jalan". bila dah lepas tu, tetibe aku pikir, lau aku jawap "a'ahhh...shooting pilem. encik nak berlakon skali? sayala stage manager nyer. hehehe." 10 min kemudian, "awak, amik saya kat balai polis alor gajah." okkkk cut! apa ko merepek tuuu alonggggggggg...

smpi2 umah laki aku, solat2, kemas brg2 yg patut, dgn gumbiranyaaaaaa menghala ke ALAI. yiiippiiiiiiie! dalam perut dah berkira-kira nak makan apa. menu WAJIB mesti ada ikan, ketam. yummy! then nak gak selingan yg kecik2. terbayang sepahat, sotong la...dah lama tak makan kan. ehhehe. last2 kami decide amik selingan sotong. sampai2, tanpa membuang masa trus kami jalan kan peranan. kalau kome nak tau kat alai ni, ramai org. nak cepat kena bertindak cepat. so, aku pilih seafood, awak order nasi, sayur, air. lau tgu aku duduk, baru nak order, jawabnyer pengsan aku kat situ. ehhehehe. haaaaa..lg 1 kat alai ni, by default dia bg ko nasi lemak! igt tu nasi lemak buka nasi putih. lau nak nasi kena order ok!

part aku:

IKAN SIAKAP BAKAR - 1 EKOR
KETAM GORENG BERLADA - 2 EKOR
SOTONG GORENG TEPUNG - 5 EKOR kot...

part awak:

NASI PUTIH - 2
SAYUR KAILAN IKAN MASIN
KOPI O - 2 (maklumlaa..nak travel jauh pastu)

bila smpi jee lauk2 nyer..kami seranggggggg tanpa belas kasihan di iringi doa makan.
bila dah habis tgk kiri, tgk kanan. nak compare pinggan mangkuk kami. hehehe. mmg nyata laaah lg byk dr org lain yg dtg ber2. hehehehe xpela..bukan suruh korg bayar pung. yg penting puas hati dpt makan ikan bakar yg mmg juiiiiiicyy isinyerrrrrrrrrrr...cecah kicap. perghhhhh! mmg tak leh resist! isinyer yg manis, panas2, tambah dgn kicap...ini laa x-factor! kecur aku. ketam goreng berlada kat sini ketam mmg superb! fresh 100%. nak kopek tu pung..lawa jee isi dia tercabut. isi pun manis jeeeeee...haiiiii tela air liur aku..sapa nak pi alai? aku leh bawakan..hehehe sotong std laa kan.

add tips: pada sapa2 yg tak tau sepahat tu apa, dia rupenyer cam "rumah siap, pahat pun berbunyi". cuma pahat ni boleh di makan sa saja. sebab tu sepahat namanyer. lau nak, amik sweet sour! sedap beb!

frog: dah laa wei...jgnlaa seksa aku begini..aku tak leh nak citer lagik..tak mampu aku trus kan. tgk laa gambo2 ni sbg santapan kome.


jaga2 dia datang...



tiiiidakkk!



jangan tinggalkan aku...



ko pasti tidak akan ku tinggalkan



sayonara...kita pasti akan berjumpa lagik!


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts