Along Checked-In: Restoran SS2 Murni

/
0 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

hi there. lama tak buat entry pasal checked-in tmpt2 mkn ni kan. byk tmpt mkn yang nak di update sbenarnya tp yg ni semangat skit. huk2.


kali ni kat restoran SS2 Murni, pj. adik aku yg introduce tmpt ni. mmg pack giller! ni gambo ihsan mr. goo tp faktanya memang penuh cam ni gak masa aku sampai. 1 thing for sure - not a comfortable place klu dgn budak2. no baby chair okek. takde tmpt wei..dia cam mydin. setiap ruang adalah duit. huk2. kat koridor kedai2 lain, habis di letaknya kerusi meja diorang. lau korang nak carik tak susah. carik je meja kerusi kat koridor tu. tp memang panjang + banyak meja kerusi. tapi masih gak tak cukup2.

tp mmg serius pack. kitorang smpi kul 8 pm ++, kena tunggu gak wei. sebaik berdiri tak lama sebab ternampak ada ruang kosong in between meja pnjg yg ujung2 dia di duduki oleh couple. jadik, dengan gagahnya kitorang yang "slim" ni menyelit. nasib kome la..janji dapat duduk.

bayangkan dengan gigih pegang hafiy yang tak reti dok diam tu. sebaik ada adik aku. ada laa orang kepung hafiy. hazim lak dengan papanya.

so, wait no more...apa yang aku order? huhu..tak sabo nak bgtau.
menu budak2 - omelette special. std rasanya. byk gak inti nya. RM5
menu adik aku - roti hawaii. dia cam murtabak yang tebal + penuh dengan telur. kat sini ramai gak aku tengok order menu kategori roti.
menu awak saya - chicken napoleon. ala2 chicken gordon blue secret recipe. antara menu yang famous gak.
menu saya - mee udon. saya memang mencarik-carik mee yang di goreng hitam cam ni. memang sedap! terbayang-bayang bila lapo. huk2.
air adik + awak saya - teh tarik terapung. andai kata gambo ni leh gerak2 mcm harry potter, korang dapat tengok layer teh kat atas tu berombak2. sesuai dengan nama terapung. huk2. tapi minum takdelaa high.
air saya - ribena longan. rasa stdla...tp longan dia wa cakap, mmg byk. puas budak2 tu mkn dengan aku. comei2 jee longan dia tp banyak. air kat sini memang beeeeeesar punya gelas k!
 total kami makan RM37. okekla kan. size serving dia memang berbaloi dengan harganya. actually lau compare kat kawasan situ, boleh di anggap murah. ramai student UM makan sini. jadik, ramailaa yang ngurat hafiy. lega skit mama dia (bukan lega anak kena ngurat, tp lega ada gak aktiviti yang melekakan hafiy. hehehe).

semalam kan ujan dengan lebat sampai astro pun hilang siaran. waktu tu laa teringat mee udon aku. sedapnyaa wei...aku suker...mee hitam cam tu. huk2. susah nak dapat yang sedap!

sampai awak saya pun declare tempat ni leh ganti tony uptown. kitorang ni kalau pi area pj @ anta adik aku balik UM, mesti singgah nasi goreng tony @food court uptown. sedap sedap sedap. dah 3 generasi keluarga aku makan sini. tak sangka kan. menu dia tak banyak...ehh nanti aku buat update lain pasal ni eh..jangan overshadow. huhuhuuu...

orite gang. tak nak taip banyak2. teringat mee udon. sob sob sob...

frog:semalam ada katak masuk umah. sian katak tu, nyaris di kerja hero2 aku.


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts