Chop!

Recent Posts

Mini Chop!

Wednesday, October 12, 2011

Namanya Bukan Lagi Along

Assalamualaikum w.b.t.

hi smua...baru jeee balik dengar tazkirah/ceramah daripada pasangan Semanis Kurma - Ustazah Nor Bahyah & Ustaz Wan Akasyah. Memang sweet jee couple ni..semanis kurma gitu. sronot tengok diorang. ustaz wan ni dulu ustaz awak saya. program ni anjuran Pusat Zakat KL & di buat di opis saya.

tajuk tazkirah/ceramah ari ni - "Keluarga Syurgawi". diorang bg beberapa tips. ada 7 point. antaranya Iman & Takwa, Rezeki yang Halal, Doa, Amanah, etc. Insya-Allah, lau sempat saya bg summary nye yea.

antara point yang mencelikkan mata aku adalah nama/doa. well, of courselaa aku memang particular bab nama ni kan. kita kalau pilih nama untuk anak2 kita, beria-ia...nak maksud yang baek2. then kita dah biasa dengan nama gelaran/pangkat - along, angah, acik, ucu.

jadik, izinkan saya untuk berimaginasi sebagai penceramah bebas sebab nak share info ni dengan semua pembaca saya.

sebenarnya, para pembaca yang saya sayangi, ketahuilah bahawa nama tu adalah doa. bersusah payah kita pilih nama yang membawa maksud yang baik, jadi kenapa kita nak hilangkan doa yang baik itu? oleh itu, para pembaca yang saya hormati, mulai hari ini, saya akan panggil anak sulung saya dengan nama dia yang sebenar. semenjak dia dapat adik ni, nama dia yang bermaksud Bijak, Cermat & Tegas telah saya tukar menjadi Along.

mama mu insap nak. Along ehh..Hazim, tunggu mama balik yea. huk2.

adiknya masih menten - Yang Memuliakan. Insya-Allah & Amin.

akhir sekali, para pembaca sekelian, masih belum terlewat untuk kita menuju ke arah yang sama (eeeeceh!) marilah! kita doakan anak2 kita dengan nama mereka setiap hari.

izinkan saya mengundur diri kerana saya ada amanah yang perlu di laksanakan.

Sekian, wassalam.

frog:insap saya...insap....

3 comments:

puanseri said...

ok apa panggil hazim dengan along hazim, tu walaupun aku panggil anak ngan nama masing2. cuba baca nih http://saifulislam.com/?p=260

M1ss F0r3st said...

puanseri: thx utk info tu...berguna tu. tu laa..sbenarnya sayang nak buang along tuu..huk2. maklumla anak sulung dr mak yg anak sulung gak. huk2...lau panggil along hazim tak salah kan? baru beberapa ari ni panggil abg hazim. huk2. kekok bebenoooo. thx wei!

puanseri said...

elok ko teruskan jer along hazim, angah hafiy..aku sbnarnya nak buat panggilan mcm ko jugak..tapi terlambat, last2 panggil kakak, adik.. nanti si adik ada adik lagi..aku pening pikir panggil apa plak..huk2

You Are Lucky

get this widget here