Chop!

Recent Posts

Mini Chop!

Thursday, December 22, 2011

Untuk Peminat Sardin.....& Pasta

Assalamualaikum w.b.t.

Morning everybody. ari ni aku rasa ceria walaupun cuaca ari ni tak macam tu. i can't wait to enjoy a 3 days holiday! wuhuuu!!! a lot of plans in my mind. hopefully it's going well like i want to ;) insya-Allah.

seem like harapan utk bawak hazim ke cooking class agak malap sebab cuti yg tak mengizinkan, jadik aku buat cooking class sendrik je laa..bezanya, kali ni hafiy lak jadik sous-chef aku. sori gambo xdok yea...

so, aku postkan menu yang kami buat together-gether. hehehehe. 2 menu actually. pasta related. hafiy ni tekak dia dah tak berapa nak melayu sekarang. aunty dia panggil tekak cina. huk2. kalau dulu2, pagi petang siang malam nak makan nasi. tapi sekarang dia dah boring. nak mee jeee..kalau masak tu aku kena alternate. 1 ari nasi, 1 ari lagik mee/bihun/kuey teow/pasta/apa2 mee laaa. & lepas dia baik dari muntah2 minggu lepas, nafsu makan dia makin besau tak padan dengan body dia yang slim tu. Alhamdulillah. biarlaa dia makan. time sakit nak makan apa pun tak moo...

aku dah agak mati akal nak masak pe bila tiba ari mee. sebaik aku teringat ada beli buku pasta masa big book shop sale kat atria. so, bolehlaa bagi refresh mata aku. buku dia rm5 jee..bayangkan dalam 6-7 tahun yang lepas buku lebih kurang sama 50 seng jee weiii....rm5 consider okeklaa harga dia kan..tp compare 5 kupang tuuu..tension gua... gambo buku tak amik. nanti nett post aku update k. insya-Allah.

so, ni menu dinner kami semalam. pasta with fried sardine. cara2nya mudah saja!

bahan-bahan:
1 tin sardin kecik - aku guna brand ayam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 bijik bawang besau - cincang
2 bijik bawang putih - cincang
sedikit ikan bilis - tumbuk kasar
1/2 teaspoon zafron - soak with 1 table spoon warm water
kuah sardin/tomato puree - aku guna kuah sardin je. heheheh.
1/2 @ 1 tin air - guna tin sardin tu balik.
italian herbs
spagethi - boleh ganti dgn fettucini jugak. lau angel hair tak brp sesuwai rasanya. tapi kalau dah takde, pape pun hentam sajalaa...janji leh makan. heheheh

cara-caranya:
1. rebus spagethie/pasta until al dente - ikut jugak preferrable korang. suker makan pasta camner.

2. dusk sardine with a flour. give a thin coat.

3. goreng sardine 1 minit each side @ agak2la..nak bg garing tepung tu. minyak skit jee...not deep fry. angkat & toskan minyak.

4. tumis bawang besar & bawang putih smpi naik bau/kekuningan.

5. masukkan ikan bilis. goreng bagi garing.

6. masukkan zafron, tomato puree & air. masak sampai merenih. kat sini rasa dulu. perlu garam @ tak. tabur italian hers & kacau bagi rata.

7. masukkan pasta. gaul rata & tutup api.

8. untuk hidang, letak sardin goreng on top of the pasta & bon appetit!
note: tak sure laa apa fungsi zafron tu. maybe nak bg kuning2 kot sebab lau tak, nampak laa cam warna merah. kebetulan ada kat umah, aku guna je la.

okek. cukuplaa 1 menu dulu ek. bebila ada masa aku update lg 1. lapo laa pulak. huk2.

hazim & hafiy are enjoying the menu. posing kat pinggan ke-2 tu. huk2.
maaf atas kecomotan pinggan. pinggan pertama tak sempat di snap...masing2 dah mcm anak burung. nak nak nak...
frog: ujan-ujan memang buat lapoooo...

Monday, December 19, 2011

Lin, untuk ko.

Assalamualaikum w.b.t.
gambo ehsan mr. goo. my wishes for my bff & for myself. hehehehe
salam ari isnin semua...setelah sekian lama, aku merasa jugak bungee jumping yang dah lama menghilang ni. gua mmg xde mood sei! TAPI aku gagahkan jugak datang keje buat muka yang tak berapa plastik sebab...sebabnyaaaa mgu depan kita akan CUTI 3 ARI!!! yeay!!! keje 4 ari je...
tak lama? huk aloooo..untuk orang2 yg xde cuti cam aku, cuti 3 ari tuuu amatlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa berharga. huk2...
okek. panjang lak aku meluahkan perasaan. sebenarnya entry kali ni khas untuk one of my bff - puan sato @ lin kolin (cam habit tau...aku suker nak pnjg2kan nama orang..kasik berirama. hehehe..belum sebut nama penuh dgn nama bapak skali..glamorlaa ko). dulu2 aku pernah buat utk 1 of my bff gak - puan omei tobei.

sebabnyaaaaaaaaaa....2 ari yg lepas, hari ulang tahun kelahiran puan sato yang ke xx...brp ek? hehehe. sebaya gua laa beb dia ni!

maaf yeaaa puan sato...bukan xnak wish...17hb tu hp aku bateri mati & tak dpt di jumpai. huk2. ari ahad pg baru jumpa & caj & time igt nak wish, tgh buat keje lain..tak pegang hp. balasannya: trus lupa..padanlaa muka kan...

walau bagaimanapun, lupa tak bermakna tak ingat tau lin. ingat tu!

jadik, di entry ni, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk ko! semoga tahun2 yang mendatang ini membawa rahmat & kebaikan untuk ko & family ko smua! wish you all the best in your master too, dear!

tak lupa jugak, semoga kita mendapat waktu2 mcm gambo ni untuk kita relax...(highlight "kita" bukan "ko". hehehe)
percutian idaman kami. gambo fantasi semata-semata, ehsan dr mr. goo
wei, bila nka open table? aku anytime free.huk2.

frog: purata jangka hayat katak adalah 7 tahun.

Tuesday, December 13, 2011

Hazim's Preschool Activity: Pertandingan Mewarna Anjuran KBS

model sambilan...
Assalamualaikum w.b.t.

as of now, aku pending 3 aktiviti sekolah hazim...pagi ni aku gagahkan diri update 1 daripada 3 aktiviti tu. heehehehe...

sila laa yea....jangan segan2.

Event 1/3: Pertandingan Mewarna
Venue: Kompleks Futsal 1 Malaysia, Presint 18.
Date: 19 Nov 2011

Details:
2 meja depan ni meja kawan2 skolah hazim. yang pakai baju uniform selangor + biru merah (kembar)
Pertandingan mewarna ni anjuran KBS sempena pertandingan Futsal 1 Malaysia. terbuka pada kanak2 tabika Selangor & Putrajaya. setiap sekolah anta 10 orang. on the day, kawan2 Hazim datang 8 orang je. kat kompleks ni banyak gak gelanggang futsal dia. memang besar2an punyer pertandingan. setiap team futsal mesti at least ada campuran 2 kaum. sebab tu nama dia Futsal 1 Malaysia. majlis di rasmikan oleh Menteri KBS - YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (siap googling tuuu takut salah nama. huk2). aku kan sensitip bab2 nama niii.
senyum control sebelum menangis ehh kalering. hehehe
Pasal pertandingan mewarna ni lak, aku tak expect pape pun dari Hazim pasai aku tau, kalering dia biasa je. cuma nak bagi dia pendedahan dengan program2 macam ni je...kebetulan kami pun free. bawak je la...semua di sediakan oleh pihak penganjur.

di waktu peak hour sebelum datang kebosanan...
tempoh kaler 1.5 jam (aku memang agak dah anak aku tak leh survive 1.5 jam duk keras cam tu jee). pastu kertas untuk diorang kaler tu skit punyer besauuuuu - double a4 @ lebih. gambar pun agak complicated laa..bayangkan lukisan yang sama di kaler oleh budak 4 tahun sampai 9 tahun. soo, aku leh ckp yg budak 4 tahun terer sebab kaler 9 tahun nyer. patutnya bagi gambi yang simple skit utk budak2 tabika ni.
yg jadik juara tu girl tepi kanan hazim. yg si awek, depan dia. yg dpt saguhati kembar si awek & boy kiri dia. anak aku ni menang takat duduk meja pemenang. huk2.
tak sampai 1 jam, muka hazim dah gelisah. dok tengok2 aku. pastu aku hilang jap pi tawaf kompleks tuu nak tengok gerai2 jualan. tengok ada miss call dari cikgu dia. sah nangis niii...smpi jee kat bawah khemah tu, mmg confirm nangis! huk2...dah letih kaler + tgk mama hilang. heheheh.

so, malas nak paksa dia...bawak dia ronda2 laa sementara tunggu masa habis..awek hazim (dina - dia ni ada kembar tau...) pun dah boring. jadik aku pull out diorang ber-2 sebelum mood diorang merebak kat orang lain.

masa bawak jalan2, si awek kuar ayat power..."mama hazim, hazim cakap dia nak kawen dengan kita"

hazim dengan pantas menjawab "mana ada..."

mama sebagai saksi "hazim, kamu nak kawen dengan dina?"

hazim: ....senyap tak jawap...

mama hazim lagik "dina, kamu nak kawen dengan hazim?"

si awek: ....senyap jugak...sehati sejiwa laa pulak budak 2 orang ni. hehehehe...

mama hazim tak puas ati "kamu nak bagi anak dara orang makan apa? pasir?" hehehe

sekian, itulaa adegan main-main dengan budak2 ni.



nangis2 pun dapat cenderahati + sijil...huk2...untung orang nama Hazim.
back to the program. lepas dia bagi cenderehati + sijil kat semua budak, kitorg trus balik. dah tengahari rembang...hafiy pun nak tido.

keputusan dia, agak memeranjatkan.

budak sekolah hazim (tak ingat nama) johan. pastu kembar dina - rina & sorang lagik kawan hazim dapat saguhati (10 tempat). mantop gak budak2 ni...

cikgu2 diorg pun terkejut pasai baru 1st time & lepas2 ni diorang dah tau dah nak bawak sapa untuk kalering nanti (wonder nama hazim termasuk tak? wakakkakaa)

frog:the world is colourful...

Friday, December 09, 2011

Along Checked-In: Sahara Tent Restaurant

Assalamualaikum w.b.t.

pehabaq semua? aku baru jeee habis mengahwenkan adik aku minggu lepas. sebab tu lama tak update. huhuuu. ni wedding ke-4 untuk aku & MA (shortform utk My Awak. hehehe).

pasai wedding ni, nanti aku buat summary la untuk semua wedding adik2 kami.

yang aku nak citer kat sini, tempat makan laa beb. apa lagik! maybe ada yang dah biasa..tp kami tak biasa makan kat sini..
kedai ni kat bhgn luar sederet starbuck, penang village & bayou.
semalam makan kat Sahara Tent Restaurant, Alamanda. kedai ni agak baru di bukak kat Alamanda. semalam MA nak makan nasi arab. trylaa kat sini. lau tak saba', half moon... sebelum kami jadik cemuih, baik try tempat baru lak. dia nyer interior, memang cung! aku berkenan pasai main kaler is MEEEERAH & hitam :)
dia nyer deco memang sebijik cam makan bawah khemah pak arab tu. sebaik takde pasir, lau tak..smpi dah kat arab. huhuuu


gambus pun ada...jgn main2..
kalau ada sapa2 nak privacy, ada another section dalam bilik. dulu restoran ni restoran sari ratu punyer..aku memang suker makan kat sini. dari dulu memang ada section ni.
enjoylaaa gambar2 ni yeaaa...sahara tent ni ada 3 cawangan kat m'sia - (slain dr nz & mana ntah) kat bukit bintang & shah alam.

muka orang poce yang sabar menunggu azan...(cam nak terkam jeee). saba eh awak.
entree - chef specialty (veg). RM9. served with bread. wa cakap roti dia memang sedap. lagi sedap dari saba'. dia garing di bawah & lembut di dalam...sayur tu lak...agak kuat rasanya. aku tak makan sangat. takat buat cicah jeee kuah dia. huk2. ada rasa masam2, spices, etc.
menu MA - mandi chicken. RM17. nasi dia sedap tapi macam orang local yang masak. ayam lak agak kering untuk aku. komen MA: tak berapa mandi laaa...
menu saya - kebab. RM18.90. menu aku paling mahai...pape je la. yang ni, suapan pertama je, komen aku "sangatlaa kambing". sedap sei...served with bread tapi suku jee..hampess betut...
watermelon juice - rm6. hot choc - rm5.90.
buih dia ni jee mau stengah cawan. lau minta refund, dpt 2-3 hinggit. huk2.
apa-apa pun, outputnya tak pernah mengecewakan...pic worth than 1000 words. huk2.
gendang gendut tali kecapi...papa dia lupa off flash..
total dinner kami ber-3 semalam rm56.80 nett. kat sini tak de caj gomen & service. harga dia memang agak mahai compare to saba' & half moon. agaknya sebab kat alamanda kot. sewa kedai mahai, interior pun lawa...cost tuuu. huk2.

hopefully, checked-in kali ni dapat membantu saudara-saudari yang nak jalan-jalan cari makan kat alamanda @ yang seangkatan dengan geng-geng nasi arab.

frog: balik dr kg, semua tegur sudaaa chubby...suka suka suka...

You Are Lucky

get this widget here