Chop!

Recent Posts

Mini Chop!

Monday, February 13, 2012

Latih Tubi: Esei Bergambar

Assalamualaikum w.b.t.

hi peeps. how are you all? i hope everybody would not have a monday blues coz i'm not! (^_^) hehehee.

ingat tak, masa sekolah rendah, kita selalu buat latih tubi esei bergambar. kan kan kan? jadik, mari kita asah smula latih tubi tu.

Soalan: Berdasarkan gambar-gambar dibawah, buat karangan ringkas menggunakan kata kunci yang terdapat digambar. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.





Jawapan:
Pada malam Ahad yang lepas, Along Froggy menyediakan 3 bekas kosong berserta beg kain pemberian Penjara Pokok Sena. Hujan lebat dan kilat yang menyambar tidak menghalang perjalanan Along Froggy untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Lalu mengembaralah Along Froggy sehingga dia sampai di No. Gerai 1073.

Berdasarkan beberapa pilihan menu yang ada, Along Froggy telah membuat keputusan untuk membeli Nasi Goreng Tony - 2, Kuey Teow Goreng - 1, Sup Fishball - 1. Kicap Pedas turut diberi untuk dimakan bersama-sama dengan nasi goreng dan menu-menu lain.

Setelah sampai di rumah, Along Froggy dan keluarga telah menjamu selera dengan gembiranya. No. Gerai 1073 telah menjadi tempat makan keluarga Along Froggy selama 3 generasi. 

(92 patah perkataan).



Sila jawab soalan-soalan dibawah berdasarkan karangan diatas:

1. Dimanakah terletaknya No. Gerai 1073?
No. Gerai 1073 terletak di Uptown Hawkers, Damansara Uptown.


2. Apakah menu kegemaran Along Froggy?


Nasi Goreng Tony kerana Along Froggy membeli menu tersebut lebih daripada menu-menu lain.


3. Mengapakah Along Froggy hanya membawa 3 bekas kosong sedangkan dia membeli 4 menu?
jeng...jeng..jeng.....haaa..jawaplaa lau pandai (^_^)
.....
..
.
.
.
.
.
..
...
.
.
.
.
..
...
.

SEBABNYA, KUEY TEOW GORENG ADALAH MENU TAMBAHAN DI SAAT-SAAT TERAKHIR (^_^). jangan marah aaaaaaaaaaaa....layan close up makanan semalam. huhuuu

nasi goreng tony
kuey teow goreng
fishball soup + a lot of tauge :)
kicap pedas bukan kicap raja udang


frog: I wonder sometimes if the motivation for writers ought to be contempt, not admiration.  - Orson Scott Card

0 comments:

You Are Lucky

get this widget here