Pizza, doh...

/
2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

hi peeps! aku lagik...huhu. lepas aku buat red velvet yg perasan jadik tu kan, aku pun planlaa nak buat high tea dengan red velvet tu BUT with extra menu. ahhaaaa...guest wat...aku pun dengan yakin nyer buat Pizza ala Jamie Oliver. aku memang berkenan & jaki dengan mamat ni tau. dia masak tu, campak2 je. tumbuk lesung pun tak beralas. lau aku, mau kena bebel dengan mak aku. ehehhe.

lagik satu, kelemahan aku dalam masak2 ni adalah kuih kukus & menu yang terlibat dengan doh. ntahla...cam kukus tu aku tak tau nak agak cair camner yg elok. dulu buat tepung kusui (org kl panggil kaswi) tapi cayaq giller...kena makan pakai sudu. huhu. sebaik memang family sporting...i love them!

pastu lau doh2 ni..ntahla. memang belum berkenan di hati. the best part is, feveret kuih muih family aku adalah kuih kukus & kuih doh ni. hazim suker donut. uwaaaaaaa...sungguh tak tension mama dia.

thanx to my baking spirit this month, aku gagahkan jugak laa buat doh pizza tu. huk2. punyerla orang2 lain tak caya, siap tanya instant doh ke? sampai ati...hehehe.

kebetulan abang ipar nak mai. jadik ramai2 family in law mai lepak kat umah. aku masak lontong as branch (sori takde gambo. tak dan u. heheeh). pastu utk tea time, gua uli pizza laaa...

recipe courtesy from Jamie Oliver (^_^) aiiii loike this mamat! Alhamdulillah. memang sempoi & jadik. pizza pepperoni jadik kesukaan budak2...dan seafood supreme, untuk adults.
pizza pepperoni...feveret budak2. suker tengok diorang brebut makan. tak sangka ai. huk2..masuk bakul angkat sendrik mak ngah. hehehe.
seafood supreme. penuh dengan topping. puas ati. hehehe..
Bahan-bahan:
  • 200 tepung high protein
  • 130ml air suam
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • 1/2 sudu besar olive oil
  • 1/2 sudu kecil yis kering
Cara-cara:
  •     Gaul semua bahan dan uli hingga kenyal dan lembut.
  •     Perapkan doh hingga naik sekali ganda anggaran 20-30 minit. *aku perap lagik lama. 20 min tu cam tak berapa naik. hehehe. 1st timer maa... :-p
  •     Keluarkan udara daripada doh dengan menumbuk-numbuk perlahan.
  •     Bentukkan seperti pizza base.  Letakkan topping kesukaan. 
Bahan-bahan topping:
  • 1 ketul tuna in water (toskan)
  • Sos tomato secukupnya
  • 1 potong nenas (rebus sebentar hingga berbuih- basuh dan toskan)
  • 1/4 biji bawang Holland
  • 4-5 keping isi ketam frozen
  • Sedikit dried mixed herbs
  • Shredded mozzarella cheese secukupnya
  • Shredded cheddar cheese secukupnya
  • Parmesan cheese secukupnya
Cara-cara:
  •     Sapukan pizza base dengan sos tomato.
  •     Direnjis-renjis dan ditabur-taburlah dengan bahan-bahan topping. Bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 12-15 minit.
Note:
  • Aku dapat 2 keping pizza sederhana. memang skali ngadap kami la. itu pun cam tak cukup. takpe, next time leh doublekan sukatan. doh dia okek..jadikla.
  • Untuk pepperoni, aku guna sosej & cheese saja. tapi guna cheddar sebab parmesan, pesan2, habis sudah...
  • Seafood supreme, aku guna tuna flakes, salmon (rasa tak guna salmon takpe. pasai not berapa masyuk), nenas, crab stik, cheese.
  • 1 thing yang suker, letaklaa berapa banyak topping korang nak..sampai tak nampak doh pun xpe doh...
meal tak lengkap lau takde dessert kan..gua pun dengan menten kembang kuncup hidung, kuarkan red velvet ni. heehhe..smua pun layan. di tambah dengan teh o pandan suam.

lepas dinner, menu penutup - ayaq kopi o {O_O} ahhhhhhh...terbayek... 

Webbek: All I ever wanted to do was to make food accessible to everyone; to show that you can make mistakes - I do all the time - but it doesn't matter.  ~Jamie Oliver.


You may also like

2 comments:

Sato Oreo said...

perghh.. dah makin terer masak macam2 ni..kagum kagum..huhuhuh..

M1ss F0r3st said...

Sato Oreo: makacih2..berkat kena tinggal dek orang umah..lagu ni le. huk2...terlebih sayang bini :) hehehee..

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts