Sup Ayam with Farm Animals Pasta

/
2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

hi there. selamat dah kita masuk bulan 3. tahun ni, aku cam suker hitung waktu. tahun 2012 ni boleh dikatakan tahun berjalan kami. insya-Allah. lepas gian. disebabkan itu, jadual aku dah penuh sampai bulan 6 ni dengan aktiviti jalan2. belum lagi kira jadual MA. out station sokmo. sayang anak, tangan-tangankan, sayang bini, tinggal-tinggalkan. uwaaaaaaa...xpela. aku pun memang tangan-tangankan hero aku tu. huk2.

aku masih dalam proses nak mengasah bakat mendeko makanan hero2 aku. dalam proses tu, aku terjumpa pasta farm ni kat cold storage...manyak syooook. psiko sei..tinggal sekotak, aku terus rembat. comei2 pasta dia kan? aku yakin halal sebab dia memang 100% vege & tiada ekstrak dari binatang digunakan. insya-Allah.



aku buat sup ayam untuk dimakan dengan pasta farm ni. sronok budak2 ni makan. mama pun suker tengok diorang makan.

resepi nyer senang aje & sesuai di makan dengan semua carbo - nasi, bihun, pasta, mee, etc. terbaeeeek.

Bahan-bahan:
  1. 4-5 ketui ayam *untuk skali makan family aku
  2. 2 bijik bawang putih *pecah guna belakang pisau. biar kasar2 & tak lumat
  3. 1 inci halia
  4. minyak bijan *xde pun xpe. tapi lau ada, lagi sedap. masyuk dengan halia & garlic tu
  5. sayur-sayuran *aku guna brokoli & carrot. itu je yang ada kat umah. WAJIB letak celery. lagi sedap.
  6. kentang *optional

Cara-caranya:
  1. basuh ayam. masuk dalam periuk. isi air at least bagi ayam tu tenggelam. ikut korang suker kebanjiran sup tu camner.
  2. tenggek periuk atas dapur. kupas bawang putih & halia. masukkan dalam periuk. masukkan garam & gula.
  3. bila dah mendidih, masukkan 2-3 titik minyak bijan @ikut kesukaan korang. letak skit2..jgn over. jenuh nak alter lau terlajak.
  4. lepas tu masukkan sayur2. adjust rasa sesedap lidah korang.
  5. tgu kejap leh tutup api.
  6. dah siap! & ready untuk di hidang dengan carbo.
carrot potong bentu mickey mouse. bertambah suker diorang makan. makan pasta tu pun sronok. siap pilih nak cow ke, timmy ke (kambing timmy time. huk2), etc.
kejap je masak ni. aku paling suker sup ni pasai all in one. masak 1 lauk tapi smua ada. tak yah nak masak sayur dah. hehehe.

orite then. enjoy & happy weekend!


Webbek: When I was having that alphabet soup, I never thought that it would pay off.  - Vanna White


You may also like

2 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

alongggggggg...

nakkkk jugakkkkkkk pasta comel niiii. kuantan takda cold storage dah. eiii benci. suka cold storage sebab selalu ada jual raspberry.

M1ss F0r3st said...

Julia: hehehe...sabo ek..cold storage lum smpi kat kuantan lagik. insya-Allah lau along gi cold storage @ mana2 & terjumpa pasta ni, along belikan untuk julia. lau ada, along pm k ;) mlm ni nak try buat lagik nasi goreng lion (*_*) wish me luck!

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts