Balik Kampung, Eeeeepisod 1.

/
2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

view dari ladang jagung tepi umah Tok.
hi smua! macam yang aku janjikan, aku nak update journey balik kampung aku. aku cuba buat seringkas mungkin k.

Hari Pertama, Ahad:
Bertolak dari umah seawal jam 5 pagi - guna highway. selalu kami gerak kul 4 pagi - guna jalan dalam. Either one, kami subuh di Behrang. Tak dapat pekena nasi lemak daun pisang Slim River pasai awai bebeno sampai - 7 pagi. Gelap lagik waktu tu. Jadik, kami meneruskan perjalanan untuk try n error mana2 tempat. sudahnya, kami berlabuh di Kedai Selera D'Anje, Food Court Bidor. Nasi lemak dia tak mengecewakan walaupun tanpa daun pisang.
Muka hepi Hafiy lepas breakfast. tak nak naik keta. seronok kejar bird. banyak burung merpati kat sini. alongnya? masih tidoooooo...Sila amik perhatian, tapau di tangan aku untuk Hazim. bukan mamanya yea. hehehehe.
Corner mai! corner mai! corner mai sampai Aloq Staq 11.30 pagi. mandikan budak2 kat Masjid Zahir. Masjid Zahir di bina atas 5 prinsip Rukun Islam sebab tu masjid ni mempunyai 5 kubah utama berwarna hitam. 
ops..sori..gambo aku nampak 3 je...huk2.
Lunch pulak kat Stadium Alor Star. Gendang gendot tali kecapi, apa lagik..jalan-jalan kat City Point & Pekan Rabu la. Lama simpan hajat nak beli capal Hazim. dapat gak beli dengan harga rm10 lak tu. hehehe. Niat tu nak dia pakai ari Jumaat dengan baju Melayu tapi dia dah berkenan & ari2 pakai pi sekolah. huk2.
banyak kedai makan kat sini...kami slalu mkn kat kedai kanan.. kedai kiri ramai orang sebab lauk pauk dia lagi banyak. pernah gak derhaka makan kat kedai kiri. mana-mana pun sedap...
my heroes tengah menikmati lunch...along hazim enjoy branch :-p
4pm gerak dari alor star & tea-time kat Jo Cendol Pulut. 
kedai wajib makan bila balik Utara. thanks Ima sebab introduce cendol PULUT. huhu.
Cendol Pulut + Mee Rebus. tak tau lah lidah aku atau sebab umur aku. rasa cendol agak manis untuk aku. dulu manis, pastu gula naik harga - kurang manis. now manis. huk2...
Cucur Udang. semakin improve. sedap rasanya :)
Almost 6pm sampai umah nyang Beseri.

Alhamdulillah. habis dah slot 1 ari dengan makan2. hehehehe. as general, itulee rutin kami lau balik Utara. breakfast kat Slim River, Lunch Alor Star, Tea-Time Jo Cendol Pulut. hehehe. 

Hari Ke-2, Isnin:

pagi-pagi, Hafiy dah amik angin kampung. kekabu tengah 'masak'. banyak gugur. tak sia-sia aku bawak balik bantal lembik. dapat gak refill fresh kekabu. pastu nyesal sebab bawak balik sebijik je. hehehe.
cuaca agak panas. Hafiy xnak pakai baju. huk2...
buah kelapa pun nampak cantek...rindu betut kat kampung...sapalaa amik gambo tu ek? hehehe
lepas tengok gambo kedai2 ni, lau tanya lagik kat ne kampung aku, memang nak kena cepuk dengan aku. hehehe.
  1. Carik breakfast kat Nat Balai Baru (sangat girang sampai lupa amik gambooo). suker nasi lemak 6 kupang (dulu 5 kupang). comei2 & sedap2 of course. kuih talam tidak dilupakan. huk2.
  2. jalan2 kangar.
  3. kemas2 untuk berangkat ke Langkawi.
Hazim & Hafiy seronok kat sini..enjoy pemandangan yang best & bebas main tanah tanpa kerisauan kena culik ke, keta laju ke, etc...Itu part mama dia laa.

Hazim bergaya dengan capal baru :) pelapis zapin? huhu...


Webbek: One’s destination is never a place, but a new way of seeing things. ~Henry Miller.


You may also like

2 comments:

Ita said...

weh hazie..baca entry ko trs rs kerinduan kampung halaman...balik kampung hohoho balik kampung...keke tersemangat pulak..

M1ss F0r3st said...

Ita: Alhamdulillah. balik wei..tak rugi balik. tapi nak balik kampung mana? hehehe...

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Blog Archive

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts