Balik Kampung, Eeeeepisod 2 - Langkawi Hari Pertama.

/
4 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps. Sambungan daripada Balik Kampung, Eeeeepisod 1.


Hari Pertama, Selasa:

Selasa pagi kami gerak ke Kuala Perlis untuk naik feri ke Langkawi! hip hip hooray! hip hip hooray! FYI, feri ke langkawi seawal 7 pagi & feri last kul 7 petang. of course aku tak dan ligan feri 7 pagi tu. kul 9 pun tak dan. huk2. kami dapat naik feri kul 10.45 & sampai ke Langkawi kul 12 (1 jam 15 min travel time). harga tiket feri - one way, orang dewasa RM18 & budak-budak (umur 3@4-12 tahun) RM13. sungguh tak sangka, feri kami untuk pergi & balik without failed, penuh dengan orang...barulaa aku paham & dapat bayangkan lau pi time cuti skolah @ peak season, kompom beratur tunggu feri.

tunggu feri kami...
intai feri...
sebab kitorang pi time off-peak, jadik orang-orang keta & parking keta yang carik kitorang. baru nak sampai kat jeti kuala, dah ada brother ni tegur. parking keta berbumbung RM10 (peak season RM15). tempat dia dekat dengan jeti tapi pi balik dari jeti ke parking keta dia anta & amik. dan dia leh bagi keta sewa VIOS RM70 - 24 hours. okek sangat tu. jadik kami pun setuju. sebab aku survey online, sedan paling murah is Gen2 - RM80.

adik excited naik feri. 1st time laa katakan
abang lak buat2 tak endah. mentang2 dah pernah naik
Alhamdulillah. selamat sampai! yeay!
sampai kat jeti Langkawi pun kita akan di sapa oleh ramai businessman. semua cakap leh bagi murah2..tapi tak sebut bagi pe yang murah... hehehe. sambil nak kuar jeti tu sempat jugak masuk kedai Haji Ismail Group (HIG) kat situ. nak ricky harga pinggan mangkuk. al-maklumlah, aku ni buta skit part2 pinggan mangkuk ni. hehehe.

tempat tido lak, aku book kat Malibest Resort, Pantai Cenang. lepas discuss dengan MA samada hotel @ pantai yag jadik keutamaan, kami pilih pantai. date dgn Mr. Goo, makanya resort ni jadik pilihan. mujur book awal tau. sebab masa check-in, ada gak mat saleh yang keciwa tak dapat tree top, deluxe wooden @ super deluxe beach front. kitorang amik deluxe wooden - umah kayu single storey semi-d & 2nd row from beach. bukak pintu masuk leh nampak pantai...super deluxe beach front - dah nama pun front kan..dia duk depan skali la. tree top lak atas. lau anak-anak aku dah besar, nak gak amik atas pokok ni. hehehe.

nama bilik kitorang - Ketumbu. view bilik yang dah di"kemas" skit oleh anak-anak aku. yang bestnya, sampai je sini, hilang penat sebab bau pantai + ombak..."bestnya awak lau dapat umah tepi pantai". samada paham @ buat2 tak paham MA aku tu. huk2.
Alhamdulillah, kitorang dapat check-in awal (waktu skema kul 3 petang). so, kami trus drive ke Pantai Cenang. perut pun dah lapo dah..sebaik tok suruh bawak bekal pagi tadi. nasi goreng, bihun goreng & telur rebus. sampai je bilik, trus makan bekalan, rehat kejaaaaap + solat. then kami kuar ke Bandar Kuah. konon2 nak window shopping, taraklah! trus angkat esp coklat. tak tahan wooo tengok. huk2. pinggan mangkuk gua menten lagik pasai serabut tengok design dia. takde yang macam aku bayangkan pun. frust skit waktu tu.. sebaik ada coklat pengganti pinggan mangkuk. hehehe.

Bersyukur aku, kegilaan shopping aku terhenti di sebabkan Hafiy buat kuih. dan aku langsung tak ingat nak bawak pampers @ yang senagkatan dengannya. teruk betut mama dia. makacih nak. lau tak, debab laa mama kamu :-p bayar & trus pulang ke chalet. memang ada hikmahnya, dapat bawak diorang mandi pantai petang tu...plan tu memangla lepas pi Kuah bawak turun pantai lak. tapi lau dah giler shopping tu, tak ingat aaapa laaaa!

sepanjang pantai cenang ni penuh dengan chalet-chalet & orang2 yang berjemur. kebanyakannya mat salleh & pak arab. awang hitam tak perasan. cam takde...mungkin keadaan cuaca tak sesuai dengan diorang. oh ya, masa nak check-in, aku slow talk dengan Hazim. cakap kita pi chalet bukan hotel. xde swimming pool, xde bath tab. sebaik dia paham & pantai tu pun sangat membantu. excited dia. tak ingat dah kat air kolah air kolam. maklumla, anak aku ni... classy sassy skit :-p

excited ke main...
lepas bebas...
khusyuk engineers to be...
serang!!!
dah puas mandi manda, kitorang pun bersiap-siap untuk dinner. dinner pun takde arah tuju. jalan kaki je sebab tengok kedai makan banyak. memang banyak tapi mencabar nak pilih. last-last jumpa gak kedai yang yakin untuk di makan. huk2.

tempat dinner...
bergaya dengan props restoran.
kitorang makan kat pondok. restoran ni ada tempat makan bawah pondok & open place kat main entrance dia...
sapa kata orang bujang tak pandai shopping. huhu...notes: make sure lau nak beli barang2 lain macam air, biskut @ pape la, beli kat station minyak. lau kedai2 kat sini, memang hage international. huhu.
tidor malam di ulit mimpi pabila berselimutkan bintang di langit serta di dodoi pukulan ombak di pasir. (amacam? leh jadik ayat novel ombak rindu 2 tak? muahahhaha. aku langsung tak terpikir nak pi lokasi ombak rindu tu tau. bila budak opis citer baru teringat. tapi takpela. gua dah baca novel dia..cukupla)


Webbek: The world is a book and those who do not travel read only one page. ~St. Augustine


You may also like

4 comments:

zafi said...

wah bestnya.... anak2 dah besar!!!

M1ss F0r3st said...

zafi tak tgk lagik ayah anak2 dah besar tu...huhu...

zafi said...

ahahahhaha ayah anak2 maintain cute dari dulu la hazie... zam sihat sebab hatinya senang... cukup makan pakai.. hazie pon pandai masak... hehehehe

M1ss F0r3st said...

opppppp...dah2..over dah tu..nanti tetas. heheheh...pape pun Alhamdulillah. camner kat sana? dah hbs spring dah? sabarla...by this month leh pki baju t shirt dah. hehehe

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Blog Archive

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts