Balik Kampung, Eeeeepisod Akhir.

/
2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Related Post:
Balik Kampung Episod 1.
Langkawi Hari Pertama.
Langkawi Hari Kedua.
Langkawi Hari Ketiga.

@Masjid UTP
Hi smua. episod aku balik kampung, memasuki episod terakhir. lepas balik dari Langkawi, tido umah tok then jumaat pagi gerak ke umah Wan kat Batu 2. tapi serius kat sini tak ingat nak amik gambo.

jumaat petang tu kami pi lagi Restoran Nelayan kat kuala. walaupun semalam baru lepas makan (balik dari langkawi). aku tak kisah. hehehe. kali ni aku bawak sepupu & adik aku yang stay kat sana. jadik, layannnnnnn...
don't judge a taste by it's sighboard k!
menu-menu.
laksa kuala perlis...mee laksa buat sendrik.
pasemboq.
cucuq udang! terbaeeeek.
1st time order sotong goreng tepung dia. terbaek dari laut!
makan punyer makan, lupa daa nak amik gambo udang goreng tepung. snap mana yg tinggal je la.
sabtu lak wan buat kenduri. kat belah wan, memang jadik tradisi lau anak ke cucu kee cicit dia balik, dia akan buat kenduri. wahai ayam kampung, pengorbanan kau akan ku ingat sampai bila-bila. hehehee. lauk pauk belah utara ni simple je. ayam masak gulai campur dengan jantung pisang, ulam2, sambal belacan. pergh! terangkat wa cakap. rugi kan lau tak tambah nasi. huk2.

ahad pagi kul 7 kami pun gerak balik. sempat lagi tapau nasi kandar kat market kangar. sedap wei! tapi sori..lupa bangat amik gambo. nasi kandar market ni pun menu wajib makan bila balik kampung. hehehe. market kangar pun dah berpindah tempat. dekat dengan the only apartment yang ada kat kangar tu (belakang pasar borong). pada aku, tempat tu much better la & lebih organize. parking pun mudah. tak payah bayo beb!

ahad ni banyak gak pit stop kami. singgah ipoh untuk melawat tok cik & UTP. ahad tu jemmmmm giler babas. even jalan dalam pun jem. hiway apa ntah lagik. kami sampai umah kul 10pm. kemas ala-kadar, tidoooooooooooo..

view belakang. masjid UTP.
dalam masjid. sebaik dah mandikan diorang kat sini. takdelaa haru nak sampai malam tu.
souvenir untuk kawan tabika Hazim.
coklat keta & daim.
sekian, wassalam.


Webbek: All experience is an arch, to build upon. ~Henry B. Adams.




You may also like

2 comments:

zafi said...

ni sesi penderaan emosi!!! kenapa... why why why... foooodzzzzzz

M1ss F0r3st said...

maapla..tak sengaja nak mendera zarul. hehehe...xpe..nanti balik sini, leh JJCM. hehehe

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Blog Archive

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts