Choc Moist Cake (No Backup Cake)

/
3 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Salam Jumaat! ari ni nak update pasai kek lagik. aku try buat Moist Choc Cake from blogger yang memang terror dalam bab memasak & mengambil gambo. tak lain & tak bukan, Kak Ita. maka dengan itula, aku try cuba test kek ni. of course outcome aku cam amatur la kan. tak sampai 1/10 pung. huk2.

Nota Bukan Kaki: Kak Ita, kalau sudi singgah di blog saya, sebarang komen amat di alu2kan (^_^)

kek ni di buat untuk event family in law aku. redah & redha je la. tetiba mai soklan bonus dari kawan aku - "ada backup kek tak?". huhu..never thought of that. tak tau laa kondifent sangat @ apa. tapi memang tak terpikir pun. huk2...

so, jangan celoteh lama2. layanzzz...untuk resepi coklat ganache, memang gua heart resepi ni. sedap & lawo sei...tak mcm topping yang aku buat sebelum2 ni. as conclusion, a little thing can bring a big changes!

ni salinan resepi nyer:

KEK CHOC MOIST KUKUS
By: Pn. Munira Baharum


Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder 
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak

Bahan C
4 biji telur ~ diblender


Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan
Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu
Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B 
Kacau sebati, guna spatula aje.
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan aluminium foil
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.


CHOCOLATE GANACHE

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.


CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah


Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.
Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
Letakkan sekeping kek atas lapik kek

Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.

Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.

Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.

Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.

Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.

Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.
Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .

Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

kak ita, tengokla kek saya ni..cempedak dah jadi nangka. malu nak tunjuk tapi nak dapatkan ilmu nyer pasal, tolak ke tepi laa malu tu. huk2. jadik cam ni sebab saya khusyuk sangat melayer. jadiknyer, redah je la...tabur pape yang patut. huk2. nak tanya pendapat kak ita patut tabur coklat rice @ tak? coklat ganache tu lak meleleh tepi sebab tak simpan kat fridge. huk2. penuh sudah fridge (*_*)

melayer pukul 5 pagi. tido kul12 ++ tengah malam. terasa cam prepare untuk raya. je. raya pun tak stay up cam ni. hehehe.
tibalaa saat yang di nantikan..berdebar sei gua. ntah jadik hapa laa dalam tu. huk2...

sah! amatur. point taken! be consistent k! betut tak kak ita. krim layer tu makin ujung, makin besau. hehehe.
pape pun, smua enjoy makan & habis! Alhamdulillah. betut cam Kak Ita cakap, rasa lemon tu mengurangkan muak. ohh..tapi saya guna juice twister. dok jumpa lemon. huk2.


layan gambo2 di tempat kejadian:

dapur baru nak start berasap.
Hafiy ngurat anak dara orang. comei kan? geram tengok!
meriah.
aku assume kek tu di terima ramai berdasarkan reaksi tuan punyer event. hehehe.
ada tips pape lagi tak kak ita untuk amatur sorang ni? hehehe. jasamu ku kenang (^_^)


Webbek: Concentration comes out of a combination of confidence and hunger. ~Arnold Palmer.


You may also like

3 comments:

AZLITA AZIZ said...

Salam Hazie

Pertama sekali akak nak ucapkan terima kasih kerana sudi mencuba dan terpanggil untuk menyahut cabaran untuk buat kek ni..

Alhamdulillah nampaknya percubaan yang berjaya!
Walaupun kata Hazie tak capai 1/10 tapi pada akak dah cukup sempurna kerana Hazie buat dengan usaha hazie sendiri dan lahir dari rasa kasih sayang hazie pada family..

Dimata akak dah sempurna sangat!! kerana ianya percubaan hazie yang pertama dan bukan mudah nak menghasilkan kek yang rumit cam ni kan..

Tahniah sekali lagi dari akak..
Lepas ni pasti akan lahir lagi kek yang lebih baik kerana semangat dan bakat tu dah ada di situ..

Seronok akak lihat suasa disana macam hari raya pulak terasa..
Kirim salam pada keluarga ye Hazie..
dan selamat menjamu selera..

Salam sayang
kak Ita..

M1ss F0r3st said...

as-salam,

kak ita! terima kasih sebab sudi singgah! sronok sgt2. rasa nak menjerit je tadi. hehehe. sebaik kat opis (*_*). insya-Allah kak. atas sokongan smua orang & dengan izin Tuhan, semoga menjadik kek2 saya ni. tapi memang part deco, saya banyak kena belajar sebab saya ni tak berseni orangnya. heheheh. makacih skali lagi kak ita! good luck utk akak jugak.

(nak salam sayang jugak laa),
salam sayang,
Hazie (^_^)

puanseri said...

waaaa. saya silent reader blog fromintankitchen tau!
hazie- tanam lemon la blakg umah senag :)vanila ekstrak beli mana? aku beli jauh di PJ

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Blog Archive

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts