Apam Beras.

/
0 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps! beberapa minggu yang lepas, dapat gak aku buat salah satu kuih kegemaran Hazim & kelemahan aku. tak lain tak bukan, kuih-muih yang yis related. tambah-tambah agak fobia dengan perkataan APAM xxxx xxxxxx. hanya geng mejani yang memahami. huk2.

pape pun, gua redah jugak beb! dan hasilnya sangat menggalakkan untuk manusia yang agak lemah dalam yis related ni kan. sronok tengok tangan-tangan mencapai kuih ni. ye lah. skali ngap je trus masuk mulut. huk2.


jadik, layan resepinye. Insya-Allah, kompom jadik.

RESEPI APAM BERAS
sumber: myresipi.com

Bahan-bahan:
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar – tak letak
  • 3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
  • (sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Penyediaan:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa mengukus…. tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh gunakan api besar semasa mengukus…. terpulanglah pada citarasa masing2.

lagik outcomenye...maafla warna tak memberangsangkan. sangat jarang-jarang aku xde mood dalam kalering ni. huk2. maybe sebab nak namakan dia apam putih salju kot. ye la tu doh!


Webbek: Growth begins when we begin to accept our own weakness. ~Jean Vanier.


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts