Bird Park Kuala Lumpur.

/
2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps. Di bulan Ramadhan ni, post aku kali ni tak berkaitan dengan makanan. hehehe. Post kali ni pasal trip aku & keluarga aku ke Bird Park Kuala Lumpur. Aku beli tiket melalui Everyday yang sekarang ni dah bertukar pada Living Social. Sesuwaiii lak dengan dia nyer moto tu "everyday now is livingsocial".
kalau tak bawak slip ni, apa barang kan?
Masa Hazim kecik-kecik dulu, dah pernah pergi. Pastu adik dia camner lak kan? So, promosi Bird Park kat Living Social ni tepat pada masanya (+_+). Dengan diskaun +- 50%, amatlah berbaloi-baloi & merupakan promo yang tak boleh dilepaskan ($_$). Aku beli 2 tiket dewasa + 1 tiket kanak-kanak untuk Hazim + 2 Pearl Milk Tea. Hafiy FOC sebab bawah umur. hehehe.
Posing sebelum pembakaran lemak.
Alhamdulillah, kami pi pagi weekday & as expected memang penuh dengan tourist. Hero-hero pun sakanlaa nak ligan burung. Hazim pulak acting macam bird park tu dia yang punyer. Diala jadi tourist guide kami. "Lalu sini mama", "Kita nak pi bird park Hazim eh?", "Kat sini ada kolam ikan mama", bla bla bla... Act laa dia sebab rombongan sekolah dia tahun lepas pi bird park ni. huhu.
Hero kecik saya tengah menyasarkan mangsanya...
Tanpa buang masa, terus melancarkan serangan. Mama yang cuak sebab lau burung yang jatuh kat kolam tu xpe jugak...
Macam-macam burung ada kat sini & memang basah kexxxk laa nak pusing taman ni. Dulu pi bertiga xdela cam ni skali. Ataupun masa bertiga tak banyak lemak yang nak dibakar berbanding sekarang ni. hehehe. Aku bawak baju spare MHs, tapi MA cakap sepatutnya bawak baju spare kami. Setuju sangat-sangat!
Gambo kat sini cam dah jadik trademark. Dulu dengan Hazim now dengan Hafiy. Hazim mana? Lari...hehehe.
Minta tolong minah saleh amikkan gambo. Nice kan? Tengokla si abang nyer renyeh...gatai! Tapi cute kan? anak sendrik, mestila puji. hehehe.
Sementara nak tunggu bird show, kami memang jalan-jalan & snap gambar burung-burung. Puas ati seiii tengok gambo burung-burung ni. So, a pic worth a thousand words, right? Lau sepupuh gambo camner lak? So, baik tengok gambo dari baca kan? Layanz! (~_~)


Burung pujaan Hafiy. Tak taula tang mana dia berkenan.
sori peeps. Nama burung dok ingat. Lupa bawak buku catatan =)
Amik gambo burung ni sebab Hazim yang perasan dia tengah makan something... "Mama, bird ni makan baby chicken". Kuatkan semangat anda.
Burung merak jual mahal ari tu sei...Masa Hazim punyerla riak dok kembang depan kami. Tapi ari tu, dia malu-malu merak. Yang best Hazim suruh mama dia nyanyi lagu peacock. Dasar pengaruh Hum Saath Saath Hain betut!
Burung jambul

Spesis Burung Tiung. Teringat lagu Indon "Berdua lebih baik"..lebey kurang laa lirik cam tu. Akukan baru balik malaysia. huhu.
Cantek kaler-kaler burung ni. Subhanallah.
Kepala aku pun nak terteleng dok tiru cara burung ni nyer posing..

Nota kaki:
Untuk gambar-gambar burung tiada sebarang kesan khas digunakan. Hanya untuk resize image & tambah watermark saya. Gambar hasil tangkapan baby camera =).

Sekian, terima kasih.


Webbek: It's best to have failure happen early in life. It wakes up the Phoenix bird in you so you rise from the ashes.  ~Anne Baxter.



You may also like

2 comments:

zafi said...

lama tak gi taman burung ni... last time 2008 kot...

M1ss F0r3st said...

zarul, xpe..orang pun last pi samada ujung 2008 @ early 2009. hehehe.. tahun depan balik, leh pi k ;)

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Blog Archive

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts