Pencarian Wagyu Beef. Along Checked-In: Toowoomba Deli & Meats Restaurant.

/
6 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps! Rasa macam dah lama tak update pasal program makan-makan aku kan. Konon-konon macam bizi dengan program masakan sendiri. huhu. Setelah skian lama, dapat jugak update program JJCM ni.

Pada zaman dahulu kala, aku ada buat part time buat teknikal documentation. Saja nak try cuba nasib. Lepas setel semua & dah dapat upah, aku dah niat nak membelanjakan few % upah tu untuk my lovely family (^_^) esp MA sebab tolong jaga hero-hero aku. Makacih awak!

MA ada sebut pasal wagyu beef. So, keyword aku adalah wagyu beef. Dengan sedikit research with Mr. Goo (of course), dapatla aku sikit ilmu pasal wagyu beef ni. Rupe-rupanye wagyu beef ni dapat daripada binatang yang di beri makan yang organik giler la & berasal daripada Jepun - Kobe Beef. Kalau Jepun, makanan yang dibagi pada binatang ternakan ni ada dicampur dengan arak - untuk melembutkan daging. Then, Australia pun ikut jejak langkah Jepun dalam menghasilkan wagyu beef ni & concern dengan isu halal haram ni, dia tak guna arak. Jepun pun dah mula ikut jejak langkah.

Bila di research pulak, ada pendapat cakap binatang yang memakan yang makanan dah dicampur dengan arak boleh di makan. Ada berapa sebab untuk jatuh hukum haram yang berkait dengan arak ni. Orang yang membuat, menjual, meminum, menghantar, etc. Sebab, kalau tak boleh makan, camner pulak dengan binatang-binatang lain yang makan benda-benda lain tu kan. Wallah hu alam.

Kalau tengok kat peta, secara literally aku boleh cakap,
Such a small district to product such a great product.
Eceh!
So, pencarian wagyu beef ni berakhir di Toowoomba Deli & Meats Restaurant. Kedai ni di miliki oleh Muslim & dia sendiri yang mencari bekalan daging yang segar daripada Australia. Kedai ni terletak kat Danau Kota. Senang citer, cari Festival City Mall. Nak dekat-dekat sampai tu sebelah kiri ada bangunan PV 128 - memang penuh dengan tempat makan & kita leh nampak kedai dia ni mengadap main road. Insya-Allah aku yang 1st timer nak lalu Jalan Genting Klang ni, dapat jumpa.
Kami sampai almost 7pm.
Parking masih mudah dapat & dalam kedai belum ramai orang lagik.
Parking betut-betut depan kedai. Terbayekkk.

Suker dengan keadaan cozy kedai ni.
Yang aku paling suker & respect adalah owner ni gunakan papan kandang binatang yang dia beli untuk di jadikan sebagai meja makan & tempat duduk. Best kan?
Dinding yang sukar untuk tidak di notice.
Penuh dengan segala jenis patung binatang ternakan menyambut kita.

Satu lagi yang aku suker kat sini, deco dia berunsurkan edu-eating (apa jenis perkataan dah? hentam sajala. dapat di fahami kan? kan kan kan?). Simple yet informative.
Tengok gambo ni, trasa macam dapat trofi je. huhu.
Info wajib untuk meat lover esp lamb. mbekkkkk
Barisan daging segar yang menanti untuk masuk ke perut kita. hehe.
Wagyu beef.
After my research, I understand the connection between marble & wagyu beef. Memang lain raw meat dia. So marble (^_^).
I like (again) konsep open kitchen.
Membolehkan hero kecik aku beramah mesra dengan orang dapur.
Posing sambil tunggu menu.
Tokei CC ni tak yah cakapla kan.
Orite, harap edu-eating ni dah mencukupi, jom tengok menu meja No. 13 =)
Tengok bekas sudu garfu dia ni pun, aku dah teruja. huhu.
Cuba bayangkan tv hitam putih masa tengok gambo ni
& bayangkan jugak perjalanan aku untuk mencarik wagyu beef ni.
Ala-ala susu bertukar menjadi keju. Ewah! macam mencabo bebeno.
I guess it's worth it.

Oh lupa. Kat sini ada tempat untuk solat. Diulang - tempat bukan surau. Alhamdulillah. Yang paling best tu, punyer sronok makan, tak sedar kedai ni dah penuh orang. Mujur sampai tu waktu yang strategik la.
Menu Mak Su - Spagethi Chicken Bolognese (RM18.90).
According to Mak Su, Along masak lagik sedap. hmm hmmm..
tak tau la ayat bodek ke apa kan.
Pendapat aku lak, we came to steak house, get a steak la sis. hehe.
Menu Hazim - Fish & Chip (RM18.90).
Dia habiskan fries & 2 ketui ikan. Sayur tu of course kitorang yang baham.
Menu Hafiy - Steak Fries (RM6.90). Fries aje? Nak buat camner, feveret dia.
Fries dia sedap wei. Besar & trasa fries dia. Tidak memerangkap minyak. Huhu.
Menu Gua - Grassfed Ribeye with mushroom gravy (Medium well) (RM32.90).
Ada 2 jenis daging yang bukan wagyu. It's either grass fed @ grain fed.
Brother tu cakap, rasa daging sama je lebih kurang. So, amikla grass fed.
Sedap wei. Dah lama tak makan steak yang sangat steak.
Jeng jeng jeng. Hero kita.
Menu MA - Wagyu Tenderloin with black pepper gravy (RM53.90).
Lau tak amik wagyu beef, mau bergusti kat situ. Ahaks! Lawak je.
Aku bukanla macam dalam "Bini-biniku Gangster". Kan awak kan?
Well, 1st bite tu memang komen aku "Melt in my mouth".
Cam tak caya & tak logik untuk daging kan?
Tapi, percayalah. I have to catch up with every bite to get the taste. Gilos lah!
Total bil kami dengan tax RM178.30. Huk2. Boleh pi Victoria Station lak ni. nyeh nyeh nyeh. Siap dapat kad lagik. Get 1 stamp with every RM100. Cukup 10 stamp, you will get RM100 voucher. No expiry date on the card. huhu. Sapa nak pi? Sila pinjam kad saya. hehehe. Service lak? I loike! Macam The Marche. Tak terasa kat over the sea.

Well, peeps. I hope I shared enough with you & of course if you want more, please taste it for yourself. Bak kata MA, "It's worth the trip". Yelah, tol RM1.30 je. Timing tu je la. Alhamdulillah tak jam.

Okek, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suke ati. Sempat mencuci mata dengan lampu-lampu KLCC & Golden Triangle. Lalu The Loaf - ada lagi suara "Siapa lapar?". huk2.

Muka kenyang I guess.
Mak Su pun sempat berposing.
Me & me family. Love you all!


Webbek: My favorite animal is steak.  ~Fran Lebowitx.


You may also like

6 comments:

sato oreo said...

agak mahal juga harganya..uhuhuh... tp tempat nampak nice lah..:p

aku along said...

puan sato oreo, mahai tu utk wagyu beef ke? wagyu beef mmg mahai compared to daging2 lain. sebab kemarblean dia tu & melt in the mouth tu. huk2..bg makan baekkk punyer ma. tempat, mmg couldn't agree more. try la. fries sedap. huk2.

Rafidah Ahmad said...

walaweiiiii....wagyuuuuuu.....tq for posting....leh la aku cuba nanti ahahahhaha

aku along said...

no prob kak long...silalah terjah :) recommended. huhu.

Anonymous said...

I just wasted my RM 128 here.

M1ss F0r3st said...

Hi Anonymous,

wasted? hmm...so, is it good @ bad? I hope you have a good experience as I did.

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts