Pancake tersedap pernah di buat. hu hu hu.

/
5 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps! perut tengah kenyang giller...farewell bakal x-opismate. sob sob... hilang sudah 2 orang kawan. pergila kawan ku. andai itu yang terbaek untuk mu. eceh! ye la... tak baek sekat rezki orang kan.

hmm..tp itu bukanla main point update ni. penyebab aku buat post ni sebab sekarang ni cuaca kat luar tengah mendung, awan menunggu masa untuk membuang air... jadik, waktu-waktu macam ni lau dapat pekena cucuq & kopi'o...pergh! terbaek wa cakap.

minggu lepas aku buat cucuq orang putih. pancake la konon2nya. tu yang terbayang2 jee di waktu2 mendung cam ni (apa jadik kat perut kenyang giller tadi ek?) serius sedap wei (yela, sendrik buat, sendirik pujila kan) aku rasa ni la resepi pancake yang boleh di save oleh kita semua. dia nyer gebu tu memang lain & tekstur nyer pun ada.

blog along25, along25, pancake sedap mudah, pancake sedap, resepi pancake, serius
Nampak tak tekstur yang aku cakap tu?
lau aku buat pancake tak guna buttermilk, tak pernah dpt tekstur cam ni.
lau korang dapat, aku tau laa aku tak terer. huhu.

pada aku resepi ni sukses dari yang lain sebab guna buttermilk (utk tekak aku la. lau fresh milk saja, takdela nak tangkap leleh sangat). bila kita guna buttermilk ni, pancake kita tu jadik lembut & gebu sebab ada tindakbalas kimia antara buttermilk - acid dengan leavening agent. ie: soda bikarbonat.


so, silalah layan resepi dia ni. leh cuba test wei. tak rugi. tak yah makan dengan madu @ pape pun la. sungguh enak di makan begitu saja. ohhh pannnnncake... ;) (over kan. aku rasa cam high je tulis post ni. terbayang-bayang pancake menari-nari depan aku. gagagaaaaaaaa)

aku tak jumpa link resepi ni wei. sebab google ari tu guna h/p MA. yang aku ingat, orang lain yang copy paste dari magazine mana ntah. lau tanya Mr. Goo pun banyak je resepi2 lain. tapi sebab aku dah guna resepi ni, gua share resepi ni la kan. CUMANYA...haaa..ada CUMANYA tu, sukatan tu aku tak tulis lengkap. tak larat salin wei. lagipun aku ni jenis tak ikut sangat lau timbang kecik-kecik tu. ikut sedap tangan kita & agak2la kan. huk2. Insha-Allah sukses!

blog along25, along25, resepi pancake, pancake mudah sedap, pancake sedap, serius
Pancake belakang: bahagian belakang yang garing - tunggu bubble kuar baru balikkan.
Pancake depan: bahagian atas yang di terbalikkan lepas bubble. bagu garing/masak kejap.


Bahan-bahan:
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 s/b gula
  3. baking powder
  4. soda bikarbonat
  5. garam
  6. 2 cawan buttermilk
  7. butter yang dicairkan (utk sukatan ni aku guna dalam +- 60gm)
  8. vanila esen
  9. 2 biji telur - lightly beaten.

Cara2:
  1. ayak bahan2 kering;
  2. whisk bahan2 basah pulak;
  3. masukkan bahan2 kering. jangan overmix. nanti keras hasilnya;
  4. panaskan pan;
  5. utk setiap biji, aku guna 1 senduk adunan. tuang ke dalam pan setakat mana yang muat;
  6. bila bahagian atas dah bubble, leh balikkan, dan tunggu kejap leh angkat. make sure garing la. bubble tu indicator kita. lau kita balikkan terlalu awal, bawah dia tak garing sangat & tak dapatla rasa crispy tepi-tepi tu (adoi...telan air liur gua!).

orite peeps. harap kome selamat mencuba resepi ni & tolongla buat. jangan sia2kan air liur aku ni. huhu. ari tu makan 2 keping pun dah kenyang (but it didn't stop my hand to take the 3rd pieces. huhu)



Webbek: pancake + fresh milk. sedap...kenyang...serius wa cakap.


You may also like

5 comments:

.anisZ. said...

Wuiii.. bawak dtg opis skiitttttttt :D

akug said...

hui....dia punyer sungguh enak di makan begitu saja tu...masa panas baru kuar dari kuali. huhu. dah sejuk, tak rasalaaa feel yg aku rasa ni. huhu...

.anisZ. said...

mcm tu.. kena g mkn kt dapur ko la kannnnnnnn :P

aku along said...

silakan....my kitchen always open for you...eceh!

kome jee yg bizi :-p

.anisZ. said...

ha ha ha... sungguh sadis aku baca.. ye betoii sungguh bizi beguling kt umah :P

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Blog Archive

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts