Ko lagik.

/
0 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

sebelum aku start membebel, pada keta putih Axx & Wxx, next time drive elok2 nooo. ko langgar side mirror aku, bukan buat ko sampai trus ke opis! ko pulak, lau xtau jalan, benti. ada paham?

okek. aku tak tau laa semua orang dah tau @ tak semua orang tau, sabtu ni 12hb ada perhimpunan bersih kat KL. aku cari kat Mr. Goo, tak banyak info/fakta apa tuntutan terbaru yang diorang nak lagik. lau pasal suruh join, kutuk2, tu banyakla. Info yang aku dapat cuma dari Tukar Tiub.


Credit to Tukar Tiub.

lau ikutkan, ni dah draft ntah kali ke berapa. biasala. lau cakap/tulis masa emo, memang emo laa jadiknye kan. kiranya as conclusion, aku nak korang yang cerdik pandai ni supaya tukar cara tuntutan korang pada cara yang cerdik pandai & terhormat macam korang. kata nak "Selamatkan FELDA". tak smua marhain tau apa yang ko tau. lau ko tau, ko panggillah agensi berkenaan untuk buat penerangan, panggil orang2 FELDA as living proof. baru la orang lain tau hak apa yang nak diperjuangkan. betut @ tak track diorang tu. ko berhimpun, ko dapat jawapan?

sama jugak dengan isu2 yang lain. cuba ko buat tuntutan kat ular 3 kepala tu dengan berhimpun camni...camner agaknya diorang nak layan ko?

aku ada baca blog lain cakap nak buat ala-ala "Arab Springs". dia macam ah-ha moment sebab dari bacaan aku, memang ni yang orang-orang luar nak. supaya diorang leh interfere. badut diorang dah berjaya buat keje diorang.

tak yah le berhimpun2 ni. buatla ekspo penerangan. aman & tenteram & terjawab soklan. tapi semua orang-orang ko nak turun ke lau ekspo skema ni kan? sebab lau pape jadik, sure korang blame gomen. pooooooooooooolissssssss jugak yang kena. ko ingat ko tak kacau hidup orang lain ke? lau polis buat roadblock, jemmmm, ko hangit. kutuk bertan-tan. lau apa2 jadik, ko akan ungkit "polis tak buat keje ke?". aku bukan nak backing sangat polis, nak-nak baru lepas kena marah dengan polis sebab buat u-turn. tapi aku sabar & renyihhh je sebab aku tau aku buat salah & polis tu buat keje dia. bukan macam sekarang, dah tau salah sibok nak menegakkan benang yang basah. cam PTPTN, AES, etc.

lau nak buat pape tu, biar berbaloi la. buatla keje berpekdah skit. tanam sayur ke, tadah air ke. lau aku ada kuasa la, aku tak bagi polis jaga Sabtu ni. isu tak membabitkan polis. ko buatla tuntutan ko dengan agensi yang berkenaan. so, lau leh berjalan dengan aman, good for everybody. tapi lau tak, lu pikirla sendrik!

skian, wassalam.



Webbek: Ada lagikah pemimpin yang tegas macam Tun Mahathir???


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts