Biskut raya dah siap.

/
0 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps! Salam Jumaat semua. Yay!!! Cuti lama pas ni. Don't miss me. Don't miss me (+_+)

Tak berapa rajin nak taip banyak-banyak (walaupun kat mulut banyak nak berciter). huhu. So, layan je la ek hasil tangkapan aku 2 ari lepas untuk di bawa balik ke kampung (tangkap kat umah je).

 photo biskutraya3., along25.jpg, blog along25
Before & after.


 photo biskutraya1.jpg
Tada! Dah siap. Credit Mr. Goo untuk gambo CNY tu.


 photo biskutraya2.jpg
Silalah rasa kuihku, pilihlah yang mana 1...

Resepi sumbangan Mat Gebu. First time aku belajar buat biskut dahlia ni, guna resepi dari Mat Gebu. Dapat sambutan yang positif (eceh!), so aku simpan jeeee resepi Mat Gebu untuk rujukan aku.

Leh klik link kat atas @ refer bawah. Aku tepek untuk rujukan korang yang berminat (~_^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
  1. 300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
  2. 160 g gula aising (mat guna 140 g)
  3. 2 kuning telur
  4. 1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
  5. 240 g tepung gandum*
  6. 100 g tepung jagung*
  7. 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  8. Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
  5. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Okek. pada yang nak pulang ke kampung, berhati-hati drive yea. Ikut ramalan kaji cuaca, sepanjang minggu CNY nanti, di ramalkan hujan. Jadi berhati2 k. no rushing!


Webbek: iIt's just really important that we start celebrating our differences. Let's start tolerating first, but then we need to celebrate our differences.  ~Billie Jean King.


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.

Contact Us

Name

Email *

Message *

Orang Kampung Saya

Mother Earth Lovers

Chocodates Supplier

Chocodates Supplier
Click picture to get the chocolatey taste (^_^)

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Chop!

Popular Posts