Chop!

> > Terima kasih daun keladi in both ways!

Terima kasih daun keladi in both ways!

Posted on Tuesday, March 05, 2013 | No Comments

Assalamualaikum w.b.t. 

hit run langgar lari blog along25
Pic credit to Mr. Goo.

Nusajaya, 4 Mac - Adik ipar aku telah di langgar lari oleh 2 bijik kereta yang terlebih di ajar malam tadi pada pukul 9.30 malam. Adik ipar aku dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Legoland telah dilanggar oleh kereta belakang apabila kereta di depan secara tiba-tiba memberi signal.

Dalam kepekatan malam itu, walaupun saling tidak mengenali, pemandu kedua-dua kereta itu seolah-olah mempunyai gelombang alpha yang sama untuk sepakat cabut bersama-sama meninggalkan adik ipar aku terkontang-kanting di bahu jalan.

Kejadian di sedari oleh pembonceng lain yang tidak mempunyai gelombang alpha yang sama seperti pemandu kedua-dua kereta tadi telah memberi pertolongan kepada adik ipar aku. 


Seorang pembonceng berbangsa India telah menolong mengalihkan motorsikal adik ipar aku ke tepi & mengumpulkan barang-barang adik ipar aku yang bertaburan. Manakala seorang pembonceng berbangsa Cina telah meminjamkan telefonnya untuk menelefon keluarga aku berikutan telefon adik ipar aku pecah di tempat kejadian.

Sempat jugak adik ipar aku menikmati keindahan malam sementara menunggu ketibaan ambulan. Adik ipar aku tidak boleh digerakkan sehingga ketibaan ambulan kerana risau akan tulang-tulangnya tertinggal di tempat kejadian. Adik ipar aku di hantar ke wad kecemasan di Hospital Sultanah Aminah untuk menerima rawatan. Disahkan, kaki kanan adik ipar aku retak & telah di simen oleh pihak hospital.



Hari ni, adik ipar aku akan membuat report polis supaya dapat menguruskan hal-hal yang berkaitan. Malangnya tiada siapa yang tahu butiran kereta-kereta tersebut (fortunate to them).
 
Jutaan terima kasih kepada semua individu & pihak yang menolong adik ipar aku dalam kejadian malam tadi. Walaupun kalian tidak dikenali, namun jasa baik dikenang jua. Insya-Allah. Keprihatinan korang amat di hargai!


Tidak lupa juga kepada pemandu-pemandu kereta yang terlebih di ajar itu, terima kasih kerana memberi adik ipar aku cuti percuma untuk duduk berehat di rumah. Ingatlah, hidup bagaikan Eye On Malaysia.

Korang jugak telah memberi peluang kepada hero-hero aku untuk meluahkan hasil kreativiti diorang di simen Pak Teh nanti. Bagus jugak aku tak tau siapa yang langgar adik ipar aku. Kenang daku dalam doa mu!

Sekian, Wartawan Maya melaporkan untuk blog Miss For3st.



Webbek:The price of greatness is responsibility. ~Sir Winston Churchill.

Powered by Blogger.